I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 12 August 2011

Penghijrahan ahli kumpulan Ruffedge,Ve dan Innuendo

Assalamualaikum kepada semua pelawat,kita bersua lagi buat kali ini..
Hari ini aku hendak mengupas dan memberi pandangan tentang berita yang agak kontrolversi la juga..aku pun terkejut dengar berita ni..tentang beberapa anggota kumpulan Ruffedge,Ve dan Innuendo yang telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Al Mawlid..anggota-angota tersebut ialah Amer (Ruffedge), Azan (Ruffedge), Lah (V.E), Zaff (V.E) dan Pot (Innuendo).
kumpulan ini ditubuhkan oleh mereka dan bertujuan untuk mempergunakan bakat nyanyian mereka yang menjurus kearah memperjuangkan syiar islam iaitu nasyid. Aku tahu perkara ini ketika menonton rancangan "Ini Kisahku"..aku betul-betul gembira kerana anggota-anggota yang dulunya bernyanyi dalam bidang Rnb dan lain-lain telah berhijrah dan membuat perubahan yang positif iaitu berjuang dalam kearah menaikkan syiar islam melalui nyanyian mereka..Alhamdulillah kerana perkara ini bukanlah senang berlaku kepada artis-artis kita sekarang..berubah ke arah yang lebih baik dan mertabatkan agama islam..aku bangga mempunyai saudara-saudara islam  sebegini..Aku berharap kumpulan Al Mawlid ini terus memperjuangkan syiar islam melalui nyanyian mereka sampai bila-bila..aku sentiasa menyokong mereka..dan aku berharap juga mereka tidak cepat berputus asa..bagai pepatah melayu pernah berkata "gengam bara,biarlah sampai jadi arang". Jika kita hendak mengusahakan sesuatu itu..biarlah sampai jadi ataupun tercapai..insyallah...
di bawah ini aku ada sertakan gambar kumpulan Al Mawlid :


Akhir sekali,marilah kita memyokong apa yang baik, dan menghindarkan apa yang buruk..insyallah..
wsalam.. (^_^)

No comments:

Post a Comment