I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 22 November 2011

SANG HARIMAU MUDA JATUHKAN SANG GARUDA MUDA

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog Zul Dot Mai, kita bersua lagi...
Pada tanggal keramat 21/11/2011 telah menjadi tarikh penting bagi pemain muda skuad bola sepak kita iaitu skuad HARIMAU MUDA telah berjaya meraih pingat emas di suka sea yang berlangsung di Indonesia. Setelah pelbagai halangan dirintangi..akhirnya skuad muda kita telah berjaya menundukkan skuad muda Sang Garuda (Indonesia). Permainan yang berlangsung pada malam final memang sangat dramatik dan mendebarkan sehingga perlawanan dibawa ke masa tambahan dan akhirnya penalti. Aku memang tabik kepada kedua-dua pasukan kerana bermain dengan cemerlangnya dan secara profesional. Walaupun indonesia kalah,tapi mereka kalah dengan bermaruah. Tetapi apa pun Malaysia tetap menjulang emas buat kali kedua (2009 dan 2011)..TAHNIAH kepada pemain-pemain muda kita.Kamu semua adalah kebanggaan rakyat Malaysia..bangkit sudah zaman Mokhtar Dahari..

dibawah aku sertakan beberapa gambar ketika final MALAYSIA vs INDONESIA









Skuad harimau muda kita telah menang dengan 4-3 penalti sebagai penentunya. TAHNIAH lagi sekali buat semua pemain dan yang terbabit dalam pertandingan ini..Kamu semua telah buat yang terbaik..tabik spring..hehe

Diharap selepas ini MALAYSIA dapat lagi menghasilkan kejayaan-kejayaan yang cemerlang seperti ini..aku bangga jadi rakyat MALAYSIA...MALAYSIA BOLEH!!!!

wsalam..(^_^)

No comments:

Post a Comment